BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

jaga lidah~

Orang kata,orang beriman apabila berkata sesuatu.. maka Allah akan mengujinya dengan apa yang diperkatakan..

Tak pasti hadis atau apa... yang penting i believe on that..lets share a story,..not my story tp orang punya cerita la..

Ada sorang kakak ni,muka dia cantik,bergaya,ada kerjaya,ada agama.. pendek cerita perfect la.. (pandangan kuu la~)umur dia dah 30++,but stay x kahwin lagi..kadang2 macam pelik jugak.. tapi tak pernah la tanya kakak ni 'knp?' kan..

Suatu hari kakak ni dia tanye sorang pompuan ni.."kahwin bila dik?".. dan macam biasa.. jawapan2 yang selalu didengari dari perempuan2 sekarang.."lambat lagi la kak.."mungkin betul apa yang dimaksudkan..dan mungkin jugak sekadar merendah diri..

Dan jawapan kakak tu..
"Jangan awak jawab macam tu... awak tau.. dulu masa akak muda2,setiap kali orang tanya soalan tu,tu lah jawapan akak...dan sekarang...sampai sekarang akak membujang.."

simple answer..but...meaningful...

so,lepas ni kalau ada orang tanya soalan tu,perlu jawab apa ya??..kwang3

kata-kata itu doa~~

Kata-kata yang di ucapkan sembarangan,dapat mewujudkan perselisihan, Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan, Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan, Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan hati seseorang~

Friday, December 11, 2009

Jangan jadi Pengecut!


Ketika berlakunya Perang Badar,1000 orang pasukan kafir Quraish Mekah telah berangkat ke medan Perang Badar.

RasullulLah s.a.w cukup yakin bahawa tiada jalan lain untuk menghindar daripada pertempuran darah.Suka ataupun tidak,Baginda dan jumlahnya yang hanya satu pertiga daripada jumlah musuh harus mara terus..

Memandangkan kaum Muhajirin jumlahnya minority,kemudian RasullulLah s.a.w menanti jawapan dari kaum Ansar,Rasullulalah s.a.w bersabda “Wahai manusia sampaikan pendapat anda kepadaku”

Mendengar seruan itu,Sa’ad Mua’adz,pemimpin kaum Ansar terus menjawab “sepertinya tuan menginginkan kami wahai RasullulLah?”

“Benar,aku inginkan kamu sekalian”jawab baginda.

Dan jawapan Sa’ad Mu’adz:

“Kami beriman kepada tuan dan kami bersaksi,apa yang tuan bawa adalah benar.Atas dasar itu kami telah menyatakan janji untuk sentiasa taat dan setia kepada tuan.Wahai RasulLullah,jalankan apa yang tuan kehendaki,kami tetap bersama tuan.Demi Allah seandainya tuan menghadapi lautan dan terjun ke dalamnya,kami pasti akan terjun bersama tuan.Tidak seorang pun diantara kami akan yang berundur dan kami tidak akan bersedih jika tuan menghadapkan kami dengan musuh esok hari.Kami akan tabah menghadapi peperangan dan tidak akan melarikan diri.Semoga Allah akan memperlihatkan apa yang tuan inginkan daripada kami.Marilah kita berangkat dengan berkat Allah S.W.T”

subhanalLah..indah sekali ayat ini


Dan ini pula jawapan kaum Nabi Musa ketika Nabi Musa mengajak kaumnya memasuki Palestin:

24. Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja."

*****************************************

Bandingkan ucapan para sahabat RasullulLah s.a.w dengan kaum Nabi Musa a.s,walaupun ketika itu jumlah pengikut Nabi Musa jauh lebih banyak daripada pengikut RasullulLah s.a.w.

Dan apa pula jawapan kita,andainya kita disini?Ironinya generasi saat ini ini mirip dengan Bani Israel


Takut berperang...


’Berperang melawan kemungkaran hanya berlaku pada zaman nabi’

Alasanya:

..........‘Perdamain’,’Toleransi’,’Bekerjasama’...........kita ini masyarakat bertamaddun..

Sampai bilakah kita akan terus-terusan berselindung disebalik semua ini..ya! Kita ummat bertamaddun...kita ada ‘perbincangan’@’permuafakatan’@’perdamain’@’gagasan’..apa2lah..@’kita terpelajar’??

Padahal telah nyata bahawa musuh-musuh tertentu yang sepanjang sejarah tidak mungkin diajak berdamai dan bekerjasama....

Hakikatnya..

‘Pendamaian hanyalah topeng yang pastinya hanyalah MELUMPUHKAN kaum Muslimin..’

Dan berapa banyakkah sejarah yang kita perlukan untuk membuka mata kita?atau saja kita memang sudah dijangkiti penyakit bacul... atau saja hati kita sememangnya sudah hitam.. diliputi noda-noda dosa.. lantaran banyaknya makanan haram dan maksiat yang kita lakukan?

1.Panderan Diponegoro Berjaya ditangkap penjajah Belanda kerana bersedia memenuhi tawaran untuk berunding pada tahun 1830H.

2.Kerajaan Mataram,perjuangan sultan Agung berakhir apabila Amangkurat II bersedia bekerjasama dengan Belanda

3. Kisah tertakluknya Maluku juga tidak jauh bezanya.. Sultan Ternate dipaksa menandatangani perjanjian Negeri Makasar juga sama.

4.Kerajaan Israel LaknatulLah menelan bulat2 Palestin setelah sebahagian kaum Muslimin dipimpin Yasser Arafat telah menerima perdamain.Padahal berapa kali perdamaian dibuat,sebanyak itu juga pelanggaran dibuat.. hakikatnya,andai damai tidak berlabuh di bumi Palestin...Israel mungkin lebih cepat berlalu dari bumi jihad itu.

5.Tidak perlulah dijelaskan semua contoh.. andai sahabat sekalian adalah pelajar sekolah,yang pernah bergelar pelajar tingkatan satu,dua ataupun tiga..bahkan,kalau tidak pun,saya yakin perasaan inkuiri sahabat2 sekalian pasti pernah menemuinya... betapa banyak contoh-contoh di Tanah air kita sendiri yang sahabat sekalian dapat jadikan pengajaran walaupun silibusnya bersangkutan dengan Barat... andai saja kita tak butakan mata dengan keegoan..

Sebelum mengkritik tentang perjuangan.. tanya diri anda..

‘beralasankah aku?..’

Atau saja..

‘baculkah aku?..’

Kalaupun harus duduk di meja rundingan,umat islam mesti mempunyai posisi yang kuat dan boleh mengendalikan keadaan jika menemui posisi yang buntu.

Inilah yang dilakukan RasullulLah s.a.w ketika membuat perjanjian Piagam Madinah dengan Yahudi dan Perjanjian Hudaibiyah dengan kafir Quraisy.

Walaupun begitu,kadangkala rundingan menjadi jalan terakhir ketika api perang tidak sanggup tidak sanggup lagi berkobar!bukan sebaliknya.

~sekadar perkongsian dari buku,’Antara Dua Umar’-HEPI ANDI BASTONI~

*~duhai hatiku yang sentiasa lupa..usah jadi penakut~*

p/s:sila rujuk buku sebenar,mungkin saja banyak penambahan yang dibuat atas dasar-'ini blogkoooOooo....=)'

Tuesday, December 8, 2009

'aku gurau je lah....'


"rajin nye copy and paste"-biha kate..hehe..entah la dizaman-zaman ini, dah malas nak mencoret apa-apa kat blog,orang kata,80% daripada penulisan menggambarkan penulisnya..boleh percaya ke percentage ni?wallahua'lam.Takut di judge atau takut dikritik kah aku?..huhu.. no such things in my life's dictionary...cey~ .. it's better u dun write anything if ur emotion is not stable enough to spread positiveness to ur surroundings... hmmhmm..
dakara.. teramatlah bosan hari ini.. dibumi yang tak dilanda musim tengkujuh ini.. terjumpa lah satu artikel yang sangat bagus untuk di share.. walaupun berjaya memenuhkan wall ini dengan dua kali klik.. insyaAllah.. mencipta saham jugak kan?..
penulisan yang sangat tidak terikat,tapi mampu menyentuh hati..
ditujukan khas buat semua.. esp. yang suka mengarut dan melayan orang mengarut..
(special untuk hang hasna nadiah binti Johari..)
Gurau Senda
www.iLuvislam.com
Oleh: nasuha02*
Editor: b_b




Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?


Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]


Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”


Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,


“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]


Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.



Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]




Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?



Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :


“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]




Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:


Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]



Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.


Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]




Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~



Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.