BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 31, 2010

look and see who loses!


The deniers are their own enemies: by denying,
they keep on wounding themselves.
An enemy is a man who tries to take your life,
not one who takes his own.
The pitiful, veiled bat is its own enemy, not the
sun's.
The sun's shining will kill it -- but how can it
annoy the sun?
An enemy is one who inflicts torment, who bars
the ruby from glowing with light.
But the unbelievers all bar themselves from the
radiance of the prophets' gem.
How can people veil the eyes of those unique
men? No, they make their own eyes blind and perverse,
Like an angry Hindu slave who kills himself to
spite his master,
Throwing himself down from the roof of the
house to inflict on him a heavy loss.
If the patient becomes the physician's enemy, if
the child becomes hostile to his teacher,
In reality they waylay their own roads -- they
themselves have wasted their own lives and intellects.
If a washerman becomes angry with the sun, if
a fish becomes angry with the ocean,
Look and see who loses! In the end, who will
suffer misfortune?
If God has created you with an ugly face,
beware! Add not to it an ugly disposition!

Jalal al-Din Rumi

Nota Cinta


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-NyaAlign Center
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

**saujana:)**

Monday, March 29, 2010

NOT A DAY ON ANY CALENDAR


Spring, and everything outside is growing,
even the tall cypress tree.
We must not leave this place.
Around the lip of the cup we share, these words,

"My Life Is Not Mine."

If someone were to play music, it would have to be very sweet.
We're drinking wine, but not through lips.
We're sleeping it off, but not in bed.
Rub the cup across your forehead.
This day outside is living and dying.

Give up wanting what other people have.
That way you're safe.
"Where, where can I be safe?" you ask.

This is not a day for asking questions,
not a day on any calendar.
This day is conscious of itself.
This day is a lover, bread, and gentleness,
more manifest than saying can say.

Thoughts take form with words,
but this daylight is beyond and before
thinking and imagining. Those two,
they are so thirsty, but this gives smoothness
to water. Their mouths are dry, and they are tired.

The rest of this poem is too blurry
for them to read.

-- Version by Coleman Barks
"The Essential Rumi"
HarperSanFrancisco 1995

Friday, March 26, 2010

HANTU~~

effect citer hantu kat tanah melayu~~=P

Thursday, March 25, 2010

Penghinaan Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita?

BismilLahirRahmanirRahim
Allahummasolli ala saidina Muhammad

SPAQ mengutuk tindakan akhbar Denmark yang sekali lagi telah menyiarkan 12 gambar lukisan Rasulullah s.a.w.Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Rentetan akibat kes tersebut ialah:

  • Kurt Westergaard telah dikatakan diburu oleh para ekstrimis berbangsa Tunisia dan Maghribi di Denmark.

  • Kerajaan Iran telah memanggil kedutaan Denmark mengadap untuk menyatakan bantahan rasmi Iran terhadap penyiaran gambar itu.

  • Demostrasi besar-besaran seluruh dunia dan di Patani selatan Thailand juga tidak ketinggalan.

Ramai yang berpendapat bahawa isu penentang penyiaran gambar itu bukan isu utama umat Islam, sebaliknya perlu menumpukan isu ekonomi, pendidikan dan isu peperangan umat Islam semata-mata. Tindakbalas umat terhadap penyiaran itu dianggap hanya bersifat titik bengek dan bukan keutamaan kita. Ada juga berpendapat tindakan melukis wajah nabi juga pernah berlaku sejak zaman empayar Islam lagi oleh golongan anti-khalifah, ajaran sesat dan ekstrimis agama.

Walaupun ada dikalangan umat Islam yang ‘over acting’ membakar kedutaan Denmark dan sebagainya, namun begitu demostrasi yang pernah dijalankan di negara kita adalah terkawal. Demostrasi umat Islam terhadap isu ini hanya untuk ekspresi sikap bukannya tindakan yang melampau.

SPAQ berpendapat mempertahankan agama adalah perlu dalam setiap segi sama ada ketenteraan, politik, pendidikan, ekonomi mahupun syiar dan maruah agama. Jumhur ulama’ telah mengharamkan menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w. kerana mengelakkan pelbagai intepretasi yang pelbagai, dan songsang terhadap wajah dan tubuh Rasulullah s.a.w. yang mencerminkan interpretasi sunnah yang mulia.

Perjuangan hak bersuara dan kebebasan media perlu diletakkan pada tempat yang betul. Mengapa perlu mengguris hati majoriti umat Islam hanya atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan penyiaran media? Bukankah banyak isu sosial, politik dan marhaen yang perlu dibebaskan dan disuarakan secara meluas? Bukankah umat Islam tidak pernah melukis atau menggambarkan mana-mana tuhan agama lain? Jika ada sila ambil tindakan kepada pihak berkenaan sahaja.

Ahli sejarah kanan British David Irving pernah ‘bersuara bebas’ menyatakan bahawa peristiwa Holocaust di barat tidak pernah berlaku. Akibatnya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Austria. Mengapa di barat yang mementingkan kebebasan bersuara tidak pula berjuang dalam hak berkenaan sebaliknya dihalakan hanya untuk merendahkan martabat agama Islam? Usaha yang berterusan oleh kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. adalah amat perlu.

Ayuh, isu ini perlu dicanang kembali!

Koordinator 1 SPAQ: Muhammad Nuruddin bin Bashah

p/s:gambar2 diatas bukan bertujuan penghinaan,tetapi bertujuan untuk pemahaman tentang apa yang berlaku di dalam isu ini.

disunting dari:http://skuad.wordpress.com/2008/03/23/penghinaan-terhadap-rasulullah-di-mana-peranan-kita/

Wednesday, March 24, 2010

janji seorang sufi


Adalah diceritakan, ada seorang soleh yang pandangannya hanya kepada akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.

Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai.

Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.

Maka tiada siapapun yang dicurigai di situ melainkan seorang sufi yang berada di tempat itu. Dia segera melompat dan memegang tangan orang sufi itu kuat - kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri.

"Hai saudara! Kau bergaya sebagai orang soleh, tapi kenapa sanggup melakukan perkara ini." kata tuan punya kedai.

"Apa maksudmu, wahai saudara?"kata orang sufi yang tersedar dari kelalaiannya.

"Engkau seorang sufi, tetapi mengapa engkau mencuri?"

"Hai, apa yang aku curi!?"

"Engkau telah mencuri tali pinggangku."

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa pun barangmu," sangkal orang soleh itu sambil bersumpah.

Kerana perselisihan mereka berpanjangan, maka sampailah kepada pengetahuan pihak penguasa setempat untuk mencari keadilan. Penjual tali pinggang itu menceritakan pada penguasa bahawa orang soleh itu telah mencuri tali pinggangnya.

"Wahai lelaki, apakah perkara ini patut dilakukan oleh orang yang soleh sepertimu?" soal Amir.

"Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa." jawab ahli sufi itu.

Lelaki soleh itu memang tidak mengaku kerana memang tidak merasa mengambil apa - apa dari kedai tersebut. tiba - tiba salah seorang yang hadir di situ berkata,

"Singkap bajunya!"..

Mereka menyingkap baju orang soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit. Mengetahui hal ini, lelaki soleh itu memekik seolah - olah hampir mati ketika itu juga, kemudian pengsan kerana terkejut yang luar biasa.

"Ambillah rotan!" kata Amir.

Setelah rotan siap ditangannya, Amir bersedia untuk merotan lelaki soleh yang sedang pengsan itu.

Namun begitu sebelum Amir mengangkat tangannya dia terdenganr suara, "Wahai hamba Allah, jangan engkau memukul wali Allah itu. Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan bagi engkau."

Amir terkejut yang luar biasa, dia menjerit sekuat - kuatnya bagaikan rohnya hendak berpisah dari badannya. Dia lalu rebah ke bumi dan pengsan di tempat itu juga. Kedua - dua orang yang bertaqwa itu telah sama - sama pengsan.

Sebentar kemudian si lelaki soleh sedar dari pengsannya, kemudian mengangkat kepalanya ke langit, lalu berdoa sambil menangis, "Wahai Tuhanku! Aku mohon ampun kepada-Mu. Aku telah mengetahu akan dosa - dosaku dan kesalahanku. Aku bersalah, begitulah akibat orang yang tersilap. Maka janganlah Engkau siksa aku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung manusia."

Orang - orang yang hadir di situ turut menangis bersamanya. Tidak lama kemudian, Amir sedar dari pengsannya, dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu.

"Wahai kekasihku, bagaimana perkara ini boleh berlaku?" tanya Amir kepada orang soleh.

Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat apa - apa jua perhiasan dan barang - barang cantik di dunia. Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan terlihat tali pinggang yang indah.

Maka dengan takdir Allah dia terlalai di situ. Dia tidak tahu apa yang terjadi, melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba - tiba menyerangnya dan menuduhnya mencuri, padahal saya tidak mencurinya.

Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh itu adalah atas kehendak Allah, sebagai balasan melanggar janji.

ILUVISLAM.COM

Saturday, March 20, 2010

Betulkan Niatmu..=)

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

Wednesday, March 17, 2010

Seminar Dakwah Professional


ANJURAN PPIPUM DAN MPMUM

Sabtu 20/3/2010

08.30am - 09.00am : Pendaftaran
09.00am - 09.15am : Pengenalan
09.15am - 10.20am : Kewajipan Berdakwah
10.20am - 10.50am : Rehat
10.50am - 11.50am : Sejarah Perkembangan Ajaran Kristian
11.50am - 01.00pm : Katolik Dan Protestan
01.00pm - 02.30pm : Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm : Hinduism
03.30pm - 04.30pm : Kepercayaan Dan Perayaan Masyarakat Cina
04.30pm - 05.30pm : Bengkel Bible

Ahad 21/3/2010

08.30am - 09.00am : Imbasan Semula
09.00am - 10.30am :Salah Faham Terhadap Islam
10.30am - 11.00am : Rehat
11.00am - 12.00pm : Memahami Mualaf
12.00pm - 01.00pm : Asas Kepercayaan Agama Kristian
01.00pm - 02.30pm : Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm : Keaslian Al-Quran
03.30pm - 05.00pm : Sesi Soal Jawab
05.00pm - 05.15pm : Penutup

PENDAFTARAN

Bayaran untuk seminar ini hanya RM20 seorang. Sebarang pertanyaan & pendaftaran boleh hubungi salah satu nombor berikut:-
1.ATIKAH-013 2514272
2.ASMAK-017 6940059
3.FAHMI-017 3646244
4.HILMI-0195543483

All are invited=D

Tuesday, March 16, 2010

Benarkah hatiku yakin dengan Nya?

menghadiri satu kuliah di 11th beberapa hari yang lalu..
membincangkan tajuk..'benarkah hatiku yakin denganNya?'..
hmm.. sangat banyak ya kuliah2 yang ada istilah 'cinta' sekarang..tapi untuk kuliah ini..agak berbeza..
mungkin agak 'sufi'..

AlhamdulLillah kuliah yang agak pendek..but,there's something yang boleh diambil manfaatnya insyaAllah..
presented by:

XIFU NASIR
US. MOHD KHAIRUL NIZAM
UMMU HANI ABU HASSAN MORAD

Walaupun pada pandangan peribadi apa yang dipresentkan tidaklah truly seiring dengan tajuk..x kesah la,as long ada benefits yang lain.

tapi,sepanjang hidup.. x pernah tahu satu doa ni..yang menurut ustz tu nabi Muhammad SAW tak pernah tinggal seumur hidup dia,doa dia:

Allahumma ini nasaluka ilman naafia..
wa rizkon toyyiba..
wa amaln mutaqabbala..

maksud dia taklah faham sangat..x tahu maksud mutaqabbala tu ape,tp sangat menghargai doa ni.

dan satu kata2 ustaz tu.."siapa yang mengaku mencintai Allah sedangkan dia x kenal siapa itu Nabi Muhammad SAW..sebenarnya adalah satu omongan kosong"

sebagaimana yang disebutkan dalam surah Ali Imran,31
Katakanlah (Muhammad),"Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa2mu"Allah Maha Pengampun Maha Penyayang".

hmm.. jadi,tanya diri sendiri..setara mana kita kenal RasullulLah SAW...dan berapa banyakkah kita berusaha untuk kenal nabi Muhammad sAW..

atau kita masih beralasan dengan sistem pendidikan yang tidak strategik...
buku-buku sirah nabawiyah yang sangat mahal..
atau mungkin..i hv lots of assignment daa...

dan hipokritkah kita dengan kata-kata cinta padaNya??..

..the answer is deep in YOUR heart..

Sunday, March 14, 2010

Lafaz yang Tersimpan..

Semoga sihat selalu...


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Friday, March 12, 2010

EKSPO HALAL 2010 PMIUM


TARIKH : 13 – 14 MAC 2010 (SABTU - AHAD)


TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FAKULTI PERNIAGAAN &
PERAKAUNAN, UNIVERSITI MALAYA, KUALA
LUMPUR

ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)

ATURCARA PROGRAM :

13 Mac 2010 (Sabtu)


8.00 pagi – 5.00 petang : Pembukaan tapak pameran dan gerai

9.00 pagi – 5.00 petang : Pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah Majlis Perasmian Pembukaan

8.15 pagi : Hadirin mengambil tempat

8.30 pagi : Ketibaan VIP 8.45 pagi : Ketibaan VVIP

9.00 pagi : Ketibaan masuk VVIP

9.05 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

9.10 pagi : Bacaan Asmaul Husna Nyanyian lagu Negaraku dan Universiti Malaya

9.20 pagi : Bacaan doa

9.25 pagi : Ucapan Pengarah Program

9.30 pagi : Ucapan perasmian pembukaan oleh tetamu kehormat Perasmian oleh: YBhg. Professor Dr.Hamzah bin Haji Abdul Rahman (Timb.Naib Censelor Akademik Universiti Malaya)

9.40 pagi : Gimik perasmian

9.45 pagi : Persembahan Multimedia

9.50 pagi : VVIP diiringi melawat tapak pameran (Sidang Media)

10.00 pagi : Jamuan pagi Seminar Halal


10.15 pg Pembentangan Kertas Kerja

1 Tajuk : Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah Oleh : YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim Timbalan Presiden DPIM/ Pengerusi Biro Korporat DPIM/Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation


11.15 pg Pembentangan Kertas Kerja 2

Tajuk : 1 Malaysia 1 Halal Oleh : JAKIM


12.00 tgh Pembentangan Kertas Kerja 3

Tajuk : Jom Bisnes Dalam Industri Halal

1) Bersama KFC/ Ayamas

Oleh : QSR Brands Bhd/ KFC Holdings (Malaysia)
Bhd

2) Bersama OTAI Burger Oleh : Kumpulan Syarikat OTAi

3) Insentif TEKUN Nasional Oleh : TEKUN Nasional


1.00 tgh Makan Tengahari/ Solat Zohor

Klinik Usahawan

Masa : 2.30 – 4.30 ptg Tempat: Perkarangan Dewan Kuliah Agensi Jemputan:

1. JAKIM

2. KFC/ AYAMAS

3. TEKUN NASIONAL

4. THE WORLD OF SECRETE GARDEN SDN BHD

Pertandingan Catur Bestari

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Tempat : Perkaranagn Perpustakaan Za’ba

8.30 malam : Forum Kepenggunaan Islam Tajuk :

”Survival Ekonomi Islam Dalam Era Globalisasi”

Ahli Panel 1 : Mohd Fadzil Bin Abu Kassim (Ketua Penolong Pengarah, Pusat Ekonomi Dan Kewangan Islam (ILIM)) Ahli Panel

Ahli Panel 2 : PJS Abdullah Bin Abdul Rahim (Pengarah Jati Setia HPA)

Moderator : Hawari Bin Zakaria @ Azahari

11.00 malam : Persembahan nasyid Oleh : Al- Hamz

11.30 malam : Jamuan dan bersurai


14 Mac 2010 (Ahad)

8.00 pagi – 5.00 petang : Pembukaan tapak pameran dan gerai Sambungan........ Seminar Halal

09.30 pg Pembentangan Kertas Kerja 4

Tajuk: Syubhah Menurut Perspektif Islam Dan Penyelesaiannya Oleh: YBhg. Encik Zulkefli bin Mohamed Setiausaha Penerangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tayangan video PPIM

10.45 pg Pelancaran HPAPMIUM Ucapan pengarah Oleh : Saudara Auzani Perasmian HPAPMIUM Oleh : PJS Jalaluddin Yeop Majlis

Gimik pelancaran

12.00 tgh Jamuan dan Solat Zohor

2.30 ptg Ucapan Perasmian Penutupan Oleh: YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Penyampaian hadiah,Cabutan bertuah

Persembahan nasyid
Oleh: Kumpulan Feel Honey


All are invited..=D

Wednesday, March 10, 2010

SubhanalLah..

BismilLahirRahmanirRahim..

Apabila berzikir dengan mengulangi kalimat Allah,beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawsan-kawasan saraf otak tersebut.Aktivivti saraf2 otak tersebut menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.Lama kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu,otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otal mula memahami perkara baru,melihat dari perspektif berbeza dan kreatif=)

Friday, March 5, 2010

diari oh diari..

BismilLahirRahmanirRahim...
Sekian lama tidak menulis apa-apa disini?sibukkah?atau ketandusan ideakah Hasna?atau saja Hasna bukan lagi peminat Maher Zain...huhuhu..tidak2..
Jika ingin dikatakan bahawa sibuk.. layakkah kita,sedangkan setiap insan dikurniakan waktu 24 jam sehari..the difference's,how you spent ur 24 hours...
Sejak kebelakangan ini,semakin ramai pulak dengar orang menulis diari
dunia yang telah lama aku tinggalkan..=D

Mungkin banyak persepsi boleh diutarakan tentang penulisan diari

"banyak lagi benda yang lagi berfaedah nak buat..huhu.."
"diari tu teman sejati... sebab diari x kan bocorkan rahsia kita..=D"
"Buat apa la tulis diari ni.. lets bygone be bygone...x payah nak tulis2 dan meremind2 masaalah.."
"biarlah kenangan terindah tercatat kat diari...wu~~"

hm...macam2 persepsi.. tapi percayakah.. sejarah membuktikan sebahagian besar orang berjaya,menulis diari??..

Tapi penulisan diari seharusnya diupgrade sejajar dengan waktunya..
kanak-kanak dengan caranya.. dan orang dewasa dengan caranya..

Sebagai contoh,catatlah kebaikan yang kita dah lakukan setiap hari...supaya saja kita dapat mengupgrade amalan kita sehari-hari..
dengan cara ni,insyaAllah x ada masaalah riak(sebab orang lain x tau..)dan insyaAllah masalah ujub dapat kita hapuskan dari hari ke hari,asal saja niat harus diperbetulkan selalu..
dan jauhkan dari mencatat perkara-perkara yang tidak berfaedah..supaya saja kita tidak terlalai dengan masaalah2 yang x patut kita terlibat..

Hakikatnya,kemahiran menulis seharusnya diterapkan dalam jiwa ummat ini seawal usia kanak2 lagi..tidak kiralah melalui kaedah apa pun,samada blogging,diari atau apa saja..supaya ummat yang sentiasa menyeru kepada kebaikan bukan sahaja melalui kuasa ,bahkan penulisan dan sebagainya dapat dilahirkan..

Kesimpulannya ,setiap sesuatu punya pro and con,asal saja kita menggunakan akal yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya,,insyaAllah kebaikan pasti bersama kita=D