BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 5, 2010

diari oh diari..

BismilLahirRahmanirRahim...
Sekian lama tidak menulis apa-apa disini?sibukkah?atau ketandusan ideakah Hasna?atau saja Hasna bukan lagi peminat Maher Zain...huhuhu..tidak2..
Jika ingin dikatakan bahawa sibuk.. layakkah kita,sedangkan setiap insan dikurniakan waktu 24 jam sehari..the difference's,how you spent ur 24 hours...
Sejak kebelakangan ini,semakin ramai pulak dengar orang menulis diari
dunia yang telah lama aku tinggalkan..=D

Mungkin banyak persepsi boleh diutarakan tentang penulisan diari

"banyak lagi benda yang lagi berfaedah nak buat..huhu.."
"diari tu teman sejati... sebab diari x kan bocorkan rahsia kita..=D"
"Buat apa la tulis diari ni.. lets bygone be bygone...x payah nak tulis2 dan meremind2 masaalah.."
"biarlah kenangan terindah tercatat kat diari...wu~~"

hm...macam2 persepsi.. tapi percayakah.. sejarah membuktikan sebahagian besar orang berjaya,menulis diari??..

Tapi penulisan diari seharusnya diupgrade sejajar dengan waktunya..
kanak-kanak dengan caranya.. dan orang dewasa dengan caranya..

Sebagai contoh,catatlah kebaikan yang kita dah lakukan setiap hari...supaya saja kita dapat mengupgrade amalan kita sehari-hari..
dengan cara ni,insyaAllah x ada masaalah riak(sebab orang lain x tau..)dan insyaAllah masalah ujub dapat kita hapuskan dari hari ke hari,asal saja niat harus diperbetulkan selalu..
dan jauhkan dari mencatat perkara-perkara yang tidak berfaedah..supaya saja kita tidak terlalai dengan masaalah2 yang x patut kita terlibat..

Hakikatnya,kemahiran menulis seharusnya diterapkan dalam jiwa ummat ini seawal usia kanak2 lagi..tidak kiralah melalui kaedah apa pun,samada blogging,diari atau apa saja..supaya ummat yang sentiasa menyeru kepada kebaikan bukan sahaja melalui kuasa ,bahkan penulisan dan sebagainya dapat dilahirkan..

Kesimpulannya ,setiap sesuatu punya pro and con,asal saja kita menggunakan akal yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya,,insyaAllah kebaikan pasti bersama kita=D

0 comments: