BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 15, 2011

hati yang lembut selalu bertabayyun~



Dulu masa zaman sekolah,saya selalu ikut program motivasi..program kepimpinan dan macam-macam lah..
dan biasanya dalam program..mesti ada unsur-unsur provok,yang saya fikir bertujuan untuk menguji jati diri kita..
dan selalunya..setiap kali saya pergi program..saya mesti dah dapat agak..membuatkan saya sangat malas layan..he2

so,kepada yang menjadi fasilitator..kalau korang provok peserta..dan dia nampak BERJATI DIRI SEMACAM..kadang-kadang korang salah...sebab dia dah dapat agak kot..ha2.Jadi pelbagaikanlah modus operandi tu.ok?

ada sekali tu..saya masih ingat lagi..ada sorang fesi,dia mintak saya mengiyakan satu statement yang saya pun tak tahu.Actually,i already expected that he is provoking me at that time,ditambah pulak..saya memang tak tahu..jadi dengan tak de perasaannya saya cakap.."macam mana saya nak cakap ya,sedangkan saya pun tak tahu.."..dan saya masih ingat ayat yang saya tak boleh lupa sampai sekarang.. dia cakap.."awak ni,mesti tak de kawan betul-betul baik kan?sebab awak tak pernah terus terang apa yang awak tak puas hati dan awak pendam.."kenyataan tu,betul-betul buat saya tersentap..saya tak tahu kenapa?adakah kerana perkataan 'kawan yang betul-betul baik'?atau perkataan 'pendam'?..or maybe because on that time,it was our first time we met each other..so,it is weird to hear a statement seems like she knew me for a very long time.. apa yang pasti, ayat tu..betul-betul buat saya fikir sampai sekarang..memang ada benarnya..kalau kita sayangkan persahabatan kita..terus-terang itu,sangat penting~

Persoalan yang ingin saya utarakan adalah..Ketika ada sahabat berbuat salah, apa yang akan kamu lakukan?

Ada beberapa kemungkinan yang mungkin terjadi:

1. Engkau menasihatinya bahawa dia salah, sepatutnya begini dan begini.
2. Engkau mendiamkannya, namun hubungan di antara kalian masih terjalin baik.
3. Engkau mendiamkannya, lalu menjauhi dan membencinya.

Bagaimanakah sepatutnya???

Jika kamu memilih untuk bertabayyun (menjelaskan) secara berterus terang kepadanya tentang kesalahannya, maka itulah tanda hati yang lembut.

Jika kamu memilih untuk berdiam diri, dia mungkin mengulangi kesalahan yang sama. Malah Allah SWT telah berfirman: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.” – Al-‘Ashr, ayat 1-3. Dalam menasihati, perlulah dengan kesabaran. Jangan sekali-kali tergesa-gesa, kerana setiap orang perlukan masa untuk berubah.

Tetapi jangan sekali-kali kamu memilih yang ketiga.

Jika dia berbuat salah lalu tanpa TABAYYUN dan nasihat sedikit pun kamu jadi membencinya lalu kamu menjauhinya maka tanyakanlah pada hatimu sendiri.

Adakah dalam hatimu ada titik hitam?

Sehingga membuat hatimu tidak bersih?

Lalu kamu menjauhinya tanpa sedikitpun ada TABAYYUN…

Beginikah buah dari hati yang lembut dan penuh kasih sayang itu?

Namun jangan pula kamu bersikap lemah dengan mendukungnya dengan cara membiarkannya terjerumus dalam kesalahan dan mendiamkannya.

Memang tidak semua orang boleh berubah dengan serta-merta seperti yang kita impikan.

Memang tidak semua orang boleh kita paksakan untuk jadi teman yang rapat.

Tapi apa yang penting, biarlah kita sendiri menjadi kawan yang baik untuk sesiapa sahaja.

“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali.

Thursday, April 14, 2011

Purdah

dah lama tak mengupdate blog,sibuk alhamdullilLah.banyak benda kena explore,dan kena dimulakan dari bawah.

dan tiba-tiba cakap pasal purdah:D

beberapa hari yang lepas saya menonton satu video berkaitan dengan niqab.disini saya letakkan linknya


Oleh kerana setiap hari,di dalam makmal kami selalu memakai mask sepanjang masa walaupun sedang mengadap lap top memandangkan bau yang sangat memeningkan
hakikatnya saya merasakan bahawa..sangat indah sebenarnya wanita yang berpeluang memakai niqab..

dari alam kanak-kanak sehingga sekarang..saya jarang berpeluang bergaul dengan mereka yang memakai niqab..

seseorang pernah berkata pada saya.."orang yang memakai niqab biasanya adalah orng yang sangat cantik mahupun sangat kurang cantik"
jadi insyaAllah tak tersenarai disitu(uhh perasan disitu.heh!)

*bila kamu memakai niqab,kamu akan merasakan lebih selamat..saya tak tahu perkataan apa yang lebih tepat untuk menghuraikan perkataaan'selamat' disini..tenang?gembira?bahagia?

*bila anda memakai niqab.anda akan lebih fokus.fokus dengan kerja,fokus dengan pembelajaran,dan fokus dengan matlamat.

*insyaAllah..it's good for your health,even not 100%.

*of course niqab is better than make up!and good for your skin.

*when u cover a part of your face,nobody can guess what is ur face expression..either u are sad,happy,bore,disgusting or shock.(and i luv this XD)

p/s:some sharing from someone which only deserve to wear mask.hihi:P

Sunday, April 10, 2011

perjumpaan ASMUM

9 April 2011:Perjumpaan ex-exco ASMUM dan junior-junior yang berjasa:)

location:The Curve

agenda:

Breakfast(thanks cik ramlah untuk sandwich yang terbaek! tu:))

Bertolak ke the Curve

Main Baling-baling bola

ramai2 menyebuk dengan bakal pengantin survey IKEA

Lunch

Balik~

.:all the best for ASMUM:.

Saturday, April 9, 2011

al-Quran


DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan. Sekian, semoga bertambah keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dengan pendedahan ini.

Friday, April 8, 2011

tertubuhnya kelab alumni ASMUM





7April 2011

9.30 P.M

dataran kimia

meja ke-2 dari tangga:P

dihadiri oleh:
Fitri, Fahmi, Zulkamal, Shafie, Muzammil, Yati, Ramlah, Hasna, Fariza, Shuhadah

maka tertubuhlah kelab alumni ASMUM buat kali pertama:)

Saturday, April 2, 2011

5 tips menjaga pemikiran positif

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.

Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seada...ianya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.

Dalam perkara ni...bersyukurlah jika anda muslim..kerna adanya salah satu rukun iman.. 'beriman pada Qada' dan Qadar'

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.

Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu,. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!.Kalaupun mahu mengkritik,biarlah kita ada idea yang lebih baik untuk diusulkan.

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.

Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.

Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

‎"Treat each other with polite, even to those who are harsh to you - not because they are good, but because you are good."

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.

Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.

Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.

Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik,jangan suke sangat sebut perkataan 'gile' selalu-baik gile,comel gile etc. :P. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

~ Yang menulis lebih dekat dihati apa yg dipertuliskan~

insyaAllah

Friday, March 18, 2011

eye infections

Hari ni dah seminggu saya tak pergi kerja..first time kerja(fully la..),first time mc ,first time sakit mata, first month kerja(rasa bersalah woo~) dan first time dalam hidup rasa betul-betul nak cepat recover.Sebelum ni tak kesah la sakit ape..tak pernah pun heran sangat nak sihat cepat.Kalau demam,batuk or what eva lah..sebulan pun tak kesah ,biasanya buat derk je,melainkan betul-betul mengganggu jiwa dan raga:P

Tak sangka macam ni rupanya sakit mata..sebelum ni ingatkan kalau orang sakit mata biasa-biasa je..sihat jer,Cuma mata je yang merah.Rupa-rupanya agak mengganggu kehidupan..


*Tak boleh pergi kerja..nanti berjangkit,walaupun korang tak kesah kerja dalam keadaan macam ni.

*Tak boleh joint public sangat,nanti korang spread virus kat orang lain..dan semua orang bersimpati dengan anda dan akan tanya soalan ni”kenapa nangis?..”:P.Tapi yang paling tak tahan..Ssuper bosan kena kuarantin esp. kalau korang takde roommate or housemate.

*Bila korang solat,korang tak boleh sujud lama-lama..3 saat dah cukup bagus..sebab rasa mata nak terkeluar(**)

*Every morning korang tak boleh bukak mata sebelum basuh mata korang.

*mata korang jadi rabun,dan tak boleh tengok semua benda dengan jelas.


This time,I’m really hope to get well as soon as possible.Siap timing alarm kot untuk letak ubat..ubat makan tak yah cerita la.Tapi yang paling tak bestnya,nampaknya hari ni,both my eyes were infected.Mungkin,patut balik kampung:D.Kadang-kadang,benda yang paling kita nak dan usahakan tu lah Tuhan tak bagi..mungkin sebab kita nak sangat kot..then..Dia uji kita..

-beruntunglah kita bila menjadi hamba yang diuji..itu tandanya Dia sayangkan kita-