BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Sangkaan ku..

Tengok-tengok blog ni,huhu.. banyaknya memeriahkan blog menggunakan kedah double click.. copy and paste!huhu.. dah tak macam blog sendiri rasanya.. entahlah... singkat rasanya umur berlalu...

Kadang-kadang kita berdoa.. meminta hajat kepada Tuhan.. Hati kita direndahkan.. Air mata tok sah nak cakap lah... dahi pulak berkerut..

 Apa pandangan anda kalau anda melihat seseorang berdoa seperti ini??khusyuk?? penuh pengharapan??atau apa??

Secara zahirnya dan tabiinya,memang.. kita akan menjawab ya!khusyuk... dan penuh kehambaan..Tapi kadang-kadang kita tak sedar... dalam kita berdoa,sebenarnya ,kita selalu 'tersasul' antara dua sangkaan..

1)Kita memang yakin bahawa kita hamba yang hina... dan Maha Suci Allah yang telah mengurniakan segala macam nikmat kepada kita.. dan kita yakin bahawa tiada kuasa lain yang layak dan mampu mengabulkan segala macam permohonan dan permintaan,melainkan segala-galanya adalah dari Tuhannya.Dan  doa yang dipohonkan,tentu dan pasti.. akan dikabulkan,samaada lambat mahupun cepat.. sebagaimana difirmankan di dalam surah albaqarah:

186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

2)Kita memohon dan berdoa kepadanya... tetapi jauh di sudut hati kita mengatakan bahawa "aku hamba berdosa.. mana mungkin  Tuhan  memandangku... apatah lagi,mengabulkan doaku.."Maka kita mula berdoa dengan bersungguh-sungguh.. maka menonjollah segala macam urat..(hiperbola sahaja)

Begitulah kita manusia.. selalu melupakan tentang persangkaan kita kepada Allah S.N.W.Hati kita selalu saja menanam prasangka terhadap Allah..jadi tak perlulah mempersoalkan kenapa doa kita tak dikabulkan?? padahal saja dari kecik lagi kita duk berdoa..recheck back hati kita..apa persangkaan kita kepada Tuhan?dah betul?'..kalaulah first expectation dah negative..macam mana lah Tuhan nak kabulkan..ye dok??renung2kan dan selamat beramal..wallahua'lam

0 comments: