BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 26, 2010

cerita nabi~

time:2010,12.30 p.m
location:sek. ren. agama

Murid2:Cikgu nak dengar cerita..
Cikgu:cerita apa?
Murid2:cerita nabi..

kago0m sama kamo budak2~;)


tako0t~

petang tadi time beli-belah,nampak 2 budak tengah gaduh2.then,watak mak dia masuk;

mak:jangan gaduh..mak panggil polis kan!
anak dia dengan muka pucatnya..
anak:mana polis mak??
tersenyum akOo~

teringat aku zaman kanak2 dulu..especially kalau korang kat kg la,kalau orang tua2 suka sangat takutkan dengan hantu lah,orang minyak la..dan bermacam2 la.

dulu aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang sahabat dizaman RasullulLah SAW.sbnarnya lupa sapa dia..masa tu ada sekumpulan kanak2 tengah main kat kota Makkah.kemudian lalulah saidina Umar,,disebabkan saidina Umar ni sangat terkenal dengan ketegasan,garang dan sebagainya..jadi semua budak2 ni lari sembunikan diri..tapi dalam ramai2 tu,ada sorang budak yang tak lari..saidina Umar rasa kagum dengan budak ni,dan dia tanya budak ni"duhai budak,kenapa kamu tak lari?"dan nak tahu apa jawapan budak ni?..dia jawab,"Tuhanku adalah Allah..dan kenapa aku perlu takut kepada sesuatu selain daripadaNya?"dan budak diwaktu dewasanya adalah salah seorang sahabat yang sangat kuat mempertahankan islam di medan jihad..(harap dapat rujuk dalam kisah sebenar,apa yang nak dihighlightkan moge jelas ya;))

Tapi apa yang paling aku tak faham, apa sebenarnya yang hendak diterapkan dalam minda masyarakat dengan bertambahnya drama2 dan filem2 mistik di TV2dan panggung2?..the effects maybe seem like not too serious..but how about our iman?our akidah?maybe if u are mature enough..it's okay.but,how about our kids?
fikir2kanlah..no matter who you are..a sister,a brother,a mon,or a father..jom jadi generasi baru!
~Dan takutlah kamu hanya pada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari air mani yang hina~

Sunday, June 13, 2010

Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri


HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.

kome pernah x tengok sesuatu yg cantik?mesti pernah kan.. selalunya orang akan cakap.."wuyoo..cantek nyer!""lawa..~".. tapi sngt jarang orang sebut "subhanalLah.." ,adakah hati kita jauh dari tuhan??renung2kan lah..

Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorang di sisi Allah kecuali iman dan taqwa.

Tuesday, June 8, 2010

jangan menyerah


jangan menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

mulakan hidupmu dengan bismilLah..

Posted by Picasa
2nd daughter of hani mahirah johari & abdul rahman ramian

selamat pengantin baru buat a.mi& k.intan

Posted by Picasa

Friday, June 4, 2010

Khasiat Al-Fatihah


(From Dr. Fatma’s tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time


* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:


* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:


* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door


* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the “langit-langit” of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:


* Believe that the Al-Fatihah is the best “penawar” for everything


* Read it with full “khusyuk”


* Tawakal to Allah


* Use it with GOOD “niat” /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.

* Duduk menghadap kiblat

* Lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita

* Bacalah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.

* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first “Allahuakbar” dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintalah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.

Wallahu’aklam.

Thursday, June 3, 2010

jiwa seekor tikus

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
bagaiman pula dengan doa2 kita sekaranag?ada lagi kah umat islam akan berdoa sepertimana ummat terdahulu berdoa.. ya mungkin ada.. tapi pastinya yang ganjil..

mungkin doa ini tidak ganjil..
"Ya Allah,janganlah kau biarkan gaji aku dipotong/atau aku dibuang kerja kalau aku tak buat arahan bos aku ni"

ya..inilah hakikatnya.. bertuhankan dunia melebihi segala-galanya..

dikisahkan ada seekor tikus telah meminta kepada seorang tukang sihir untuk menukarkannya menjadi seekor kucing.. kerana terdapat seekor kucing di dalam rumah tersebut selalu mengejarnya..

"duhai ahli sihir..tukarkan aku menjadi seekor kucing.. aku juga mahu hidup gembira seperti mereka.."kata si kucing dengan nada mengharap..

"baiklah.. aku kabulkan.."kata ahli sihir,dengan penuh belas..

selepas menjadi seekor kucing..tikus tersebut tidak lagi dikejar oleh kucing itu,dan kini.. dia mula bermain di luar halaman rumah tersebut..

malangnya.. di luar halaman rumah tersebut terdapat seekor anjing yang selalu mengganggunya..

maka.. dengan hati yang sedih..datanglah sekali lagi si tikus berupa kucing di hadapan ahli sihir tersebut..
"duhai ahli sihir..aku selalu diganggu anjing..tolonglah aku.. tukarkan aku menjadi seekor anjing..."

oleh kerana kasihan melihat si tikus.. sekali lagi ahli sihir mengabulkan dengan permintaan si tikus.."baiklah..aku kabulkan.."

dengan hati yang riang.. si tikus berupa anjing berjalan dengan hati yang berbunga2 di luar kawasan rumah..

tiba2'pap!!!' satu batu besar hinggap di kepala si tikus.. dengan kepala yang berlumuran darah..berlarilah si tikus berupa anjing berjumpa si tukang sihir..

"tuan.. tolonglah sekali lagi... tukarkan saya menjadi manusia.. ,mereka telah membaling batu ke kepala saya.."teriak si tikus...

si ahli sihir terdiam.. dan kemudian berkata si ahli sihir.."tidak!aku tidak akan menukarkan kamu.. selagi kamu berjiwa tikus,,sia2 sahaja aku menukarkan kamu.."

maka apapun anda.. jika anda berjiwa besar..pasti anda mampu menghadapi segala rintangan dan dugaan dalam hidup anda..

pernahkah anda terfikir.."si fulan ini.. takdirnya bagus.. dikurniakan badan yang sihat..cantik..bijak.. jadi pasti lagi senang nak buat ibadah.. senang masuk syurga..,,aku pula.. lembap.. buruk.. miskin pulak lagi.. jadi x perlulah aku buat ibadah banyak.. memang takdir aku macam ni.."

Segala ketentuan Tuhan itu.. pastinya yang terbaik buat kita..maha suci Tuhan dari menzalimi diri kita walau sebesar zarah..

sememangnya ada manusia yang dikurniakan kebaikan,dan ada juga ditimpakan kesusahan dalam takdirnya.. tapi Allah juga membukakan pintu untuk melakukan amalan baik mahupun amalan buruk disisinya di dalam setiap takdir itu..

jadi..
walau apapun takdir kita..
itu adalah hakNya..
dan kita adalah hamba..
perlu akur dan redha..
walau apapun kita..
yang paling penting..
jiwa kita adalah apa??

inikah dia pemimpim masa hadapan?:)
saya merasa amat kesal dengan sesetengah ummat yang sangat mengagung-agungkan manusia, sehingga saja menghalalkan apa yang bercanggah disisi agama..
sememangnya.. di dalam al quran ada menyatakan kewajipan taat kepada pemimpin.. tetapi disebutkan juga ada pengecualiannya.. bilamana apa yang diarahkan itu,bercanggah dengan agama..
Hakikatnya.. kejahilan ummat.. sememangnya di tahap yang wajib dirisaukan..

"kalau tak mahu ikut cakap sangat.. pegi la hidup kat negara lain..bangladesh ka..afganistan ka.."

ayat ini,seringkali diungkapkan..
adooyai.. kalau lah prinsip hidup anda semurah ini.. semurah untuk hidup tenang di sebuah negara..maka,usah anda berbicara tentang kepimpinan.. uruskanlah hidup anda seadanya..
makan anda,pakai anda..tidur anda..
usah berbicara tentang sesuatu yang anda tidak mahu mengerti..dan anda tidak mahu memahami..
dibimbangi kerosakan besar akan berlaku..disebabkan kebutaan anda..

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab,“Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.


IKHLAS!

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.



“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

http://www.fadhiri.com/

jiwa seekor tikus

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.