BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 3, 2010

jiwa seekor tikus

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.
bagaiman pula dengan doa2 kita sekaranag?ada lagi kah umat islam akan berdoa sepertimana ummat terdahulu berdoa.. ya mungkin ada.. tapi pastinya yang ganjil..

mungkin doa ini tidak ganjil..
"Ya Allah,janganlah kau biarkan gaji aku dipotong/atau aku dibuang kerja kalau aku tak buat arahan bos aku ni"

ya..inilah hakikatnya.. bertuhankan dunia melebihi segala-galanya..

dikisahkan ada seekor tikus telah meminta kepada seorang tukang sihir untuk menukarkannya menjadi seekor kucing.. kerana terdapat seekor kucing di dalam rumah tersebut selalu mengejarnya..

"duhai ahli sihir..tukarkan aku menjadi seekor kucing.. aku juga mahu hidup gembira seperti mereka.."kata si kucing dengan nada mengharap..

"baiklah.. aku kabulkan.."kata ahli sihir,dengan penuh belas..

selepas menjadi seekor kucing..tikus tersebut tidak lagi dikejar oleh kucing itu,dan kini.. dia mula bermain di luar halaman rumah tersebut..

malangnya.. di luar halaman rumah tersebut terdapat seekor anjing yang selalu mengganggunya..

maka.. dengan hati yang sedih..datanglah sekali lagi si tikus berupa kucing di hadapan ahli sihir tersebut..
"duhai ahli sihir..aku selalu diganggu anjing..tolonglah aku.. tukarkan aku menjadi seekor anjing..."

oleh kerana kasihan melihat si tikus.. sekali lagi ahli sihir mengabulkan dengan permintaan si tikus.."baiklah..aku kabulkan.."

dengan hati yang riang.. si tikus berupa anjing berjalan dengan hati yang berbunga2 di luar kawasan rumah..

tiba2'pap!!!' satu batu besar hinggap di kepala si tikus.. dengan kepala yang berlumuran darah..berlarilah si tikus berupa anjing berjumpa si tukang sihir..

"tuan.. tolonglah sekali lagi... tukarkan saya menjadi manusia.. ,mereka telah membaling batu ke kepala saya.."teriak si tikus...

si ahli sihir terdiam.. dan kemudian berkata si ahli sihir.."tidak!aku tidak akan menukarkan kamu.. selagi kamu berjiwa tikus,,sia2 sahaja aku menukarkan kamu.."

maka apapun anda.. jika anda berjiwa besar..pasti anda mampu menghadapi segala rintangan dan dugaan dalam hidup anda..

pernahkah anda terfikir.."si fulan ini.. takdirnya bagus.. dikurniakan badan yang sihat..cantik..bijak.. jadi pasti lagi senang nak buat ibadah.. senang masuk syurga..,,aku pula.. lembap.. buruk.. miskin pulak lagi.. jadi x perlulah aku buat ibadah banyak.. memang takdir aku macam ni.."

Segala ketentuan Tuhan itu.. pastinya yang terbaik buat kita..maha suci Tuhan dari menzalimi diri kita walau sebesar zarah..

sememangnya ada manusia yang dikurniakan kebaikan,dan ada juga ditimpakan kesusahan dalam takdirnya.. tapi Allah juga membukakan pintu untuk melakukan amalan baik mahupun amalan buruk disisinya di dalam setiap takdir itu..

jadi..
walau apapun takdir kita..
itu adalah hakNya..
dan kita adalah hamba..
perlu akur dan redha..
walau apapun kita..
yang paling penting..
jiwa kita adalah apa??

inikah dia pemimpim masa hadapan?:)
saya merasa amat kesal dengan sesetengah ummat yang sangat mengagung-agungkan manusia, sehingga saja menghalalkan apa yang bercanggah disisi agama..
sememangnya.. di dalam al quran ada menyatakan kewajipan taat kepada pemimpin.. tetapi disebutkan juga ada pengecualiannya.. bilamana apa yang diarahkan itu,bercanggah dengan agama..
Hakikatnya.. kejahilan ummat.. sememangnya di tahap yang wajib dirisaukan..

"kalau tak mahu ikut cakap sangat.. pegi la hidup kat negara lain..bangladesh ka..afganistan ka.."

ayat ini,seringkali diungkapkan..
adooyai.. kalau lah prinsip hidup anda semurah ini.. semurah untuk hidup tenang di sebuah negara..maka,usah anda berbicara tentang kepimpinan.. uruskanlah hidup anda seadanya..
makan anda,pakai anda..tidur anda..
usah berbicara tentang sesuatu yang anda tidak mahu mengerti..dan anda tidak mahu memahami..
dibimbangi kerosakan besar akan berlaku..disebabkan kebutaan anda..

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab,“Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.


0 comments: