BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 22, 2011

mak cik stesen bas putra~

semalam ada satu mak cik ni,dia mintak RM10,katanya tiket dia hilang..saya ajak dia bincang dengan orang kat kaunter jual tiket tu...Lepas tu, terus dia cakap"eh! x pe lah,RM5 pun OK!mak cik nak pg bukit jalil,jumpa anak saudara mak cik.Menarik betul mak cik ni..sempat lagi dia tukar topik.Tergelak-gelak eden dibuatnya~

Saya cakap kat dia,"mak cik,kalau nak mintak tolong,jangan la tipu saya,straight to the point je la.."Lepas tu dengan muka innocentnya mak cik tu terus duk desak.."boleh la..boleh la..mak cik serius ni.."kalau nak ikut kesian tu,memang la kesian..tapi tak tahu kenapa instinct den kuat cakap yang mak cik ni tip0o..siap tukar-tukar topik lagi.

last skali,dengan kejamnya den cakap"mak cik,kalau lah mak cik jujur je mintak dengan saya tadi, dan tak tipu-tipu,saya tak kesah pun bagi 10 tu..tapi sebab mak cik tipu saya,mintak maaf la mak cik..saya tak dapat tolong"huh!diam mak cik tu..terus dia cakap,"tak pe lah,tak de rezeki,salam lah"dia salam ngan den dan terus pergi..

WAO~ rasa berdose sket tu ada la..terpikir gak kalau la betul dia mmng betul2 nak duit tu mcm mn??tapi nak buat macam mana,den sensitip betul orang tipu-tipu ni..dah la sensitip,x kan la nak support plak kan?hoho~lagi pun kalau lah betul dia tak tipu,insyaAllah,den rasa Allah faham..

apa yang membezakan antara jujur dengan tak jujur tu adalah, jujur tu tak perlu diusahakan..dia akan datang dengan sendiri bila kamu betul-betul jujur..

Wednesday, January 19, 2011

semak daftar pemilih

jom ramai-ramai semak daftar pemilih!!

http://www.daftarundi.com/index.php?action=page_display&PageID=8

.:hak kita tanggungjawab kita:.

bas!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah,syukur ke hadrat ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman di dalam hati.

Sangat lama rasanya tak menulis apa2 di ruangan ni..x de mood mungkin a.k.a condition yang sangat x syok~

AlhamdullilLah,habis sudah pembelajaran saya ,tapi mungkin saya tak cukup bosan duk kat um..disini lagi saya..

Sekadar perkongsian,kebelakangan ni banyak kali juga saya berpeluang menggunakan kenderaan awam.Kadang2 tu suke2 nak try,yer lah..bak kata nenek moyang,being so comfortable for a very long time is not good for your social life..ada betul ka?hoho~ ape2 hal pun,baru sekarang den sedar banyak kebaikan dari kenderaan awam ni yang sedar x sedar kita mampu instill dalam diri kita..yang paling obvious…S.A.B.A.R and D.I.S.C.I.P.L.I.N.E~

Tapi apa yang paling menghairankan,baru-baru ni semasa saya menunggu bas,tiba2 sampailah satu bas yang saya tunggu-tunggu.Tapi apa yang mengujakan,pak cik bas tu dengan ‘suka’nya tak berhenti di tempat yang kami tunggu..tapi agak jauh di hadapan..maka terpaksalah kami mengejar bas tersebut..dan apa yang lagi best!,hampir 5 minit kami tunggu kat luar bas sebelum pak cik tu bukak pintu,bersabarlah kami di bawah panas jam 12 tengahari tu.Marvellous betul perangai dia!.

Bila pintu dibuka,pak cik tu jerit,”sila beratur ye!jangan harap saya bagi naik kalau tak beratur,dan sesiapa yang ada matrik kad sahaja yang dibenarkan naik!”OK! fine..x ada masaalah.

Sangat pelik dengan sikap SESETENGAH pemamdu bas UM,ya!betul,masih ramai lagi yang baik,berbudi bahasa..

Dan apa yang agak pelik,sikap kebanyakan pemamdu dengan foreigner.Kadang-kadang pada saya sangat menjatuhkan maruah Malaysian.Sangat banyak situasi kalau hendak diceritakan.

Bukanlah hendak mengkritik institusi pemamdu bas UM,tapi tolonglah hormati kami sebagai manusia seadanya.

Kadang-kadang untuk bahagia dalam hidup,tidak perlulah kita menjadi somebody dan dihormati.Kadang-kadang memadai saja kita menjadi no body ,dan disayangi sekaliannya.Dimana pun kita,selagi kita menjaga hak diri kita dan sekalian makhluk,insyaAllah,kita akan berbahagia..