BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 2, 2010

test...test..dan test lagi..


BismilLahirRahmanirRahim..
sudah agak lama tidak menulis sesuatu disini..:)

terlalu banyak test yang perlu dihadapi pada minggu2 kebelakangan ini..
dan alhamdullilLah..semua test dah habis..cuma tinggal assignment dan lab report yg perlu diselesaikan dan juga exam yang semakin hari semakin hampir..
permudahkan Ya Allah..

bercakap tentang test.. saya pasti semua pernah menghadapi test2 dalam hidup,samaada test di dalam silibus pembelajaran mahupun di dalam hidup..

diceritakan bahawa seorang pelajar telah menduduki satu peperiksaan besar..
dan oleh kerana terlalu confidence dengan semua jawapan yang ditulis,pelajar tersebut telah menulis nota kaki kepada gurunya di dalam skrip jawapannya:

p/s:cikgu,kalau cikgu jumpa satu ja kesalahan dalam jawapan saya..saya cabar cikgu,FAIL kan saya!

think twice...:)
hurm... ada percayekah anda cerita ini..
saya rasa kalau anda percaya...
anda mungkin salah seorang penyumbang nota kaki kepada cikgu2 anda..saya juga salah seorang..:)

tapi kalaulah saya seorang cikgu...i like't..nota kaki tu lebih jujur..:P

mungkin situasi ni boleh terjadi kalaulah exam tu bukanlah exam yang penting..atau saja something wrong with that student~~maybe~~

berkenaan dengan cerita ni..cuba relatekan dengan situasi ni:

kalaulah benar al quran itu bukan wahyu dari Allah.. anda rasa logikkah si penulsnya mencabar sesiapa sahaja untuk membuktikan kesalahannya.. dan membuat sesuatu yang lebih baik?..sikap manusiakah ini??


Yunus
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!. (38)

Al-Baqarah
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23)

dan kalaulah al quran itu dikatakan dari nabi Muhammad SAW,

diandaikan bahawa seorang telah menulis buku..kemudian menceritakan keburukan2nya di dalam buku penulisannya..logikkah??

kerana di dalam Al Quran banyak ayat yang menegur kesilapan2 nabi Muhammad SAW itu sendiri.. contoh surah 'Abasa.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran?kalau kiranya Al Qran itu bukan dari sisi Allah,tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak didalamnya(82)

An-Nisa

dan apalagi yang hendak diragukan dengan Al Quran?.. kalau ja Allah telah mencabar manusia mahupun jin untuk menulis sesuatu yang seumpama Al Quran..bahkan satu surah ja... ada beranikah duhai makhluk yang sangat hebat?~~
bukti apa lagikah yang kamu cari?
maka berkejar-kejaranlah kamu dengan maksiat...~~

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

Riwayat Muslim

0 comments: