BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 18, 2011

eye infections

Hari ni dah seminggu saya tak pergi kerja..first time kerja(fully la..),first time mc ,first time sakit mata, first month kerja(rasa bersalah woo~) dan first time dalam hidup rasa betul-betul nak cepat recover.Sebelum ni tak kesah la sakit ape..tak pernah pun heran sangat nak sihat cepat.Kalau demam,batuk or what eva lah..sebulan pun tak kesah ,biasanya buat derk je,melainkan betul-betul mengganggu jiwa dan raga:P

Tak sangka macam ni rupanya sakit mata..sebelum ni ingatkan kalau orang sakit mata biasa-biasa je..sihat jer,Cuma mata je yang merah.Rupa-rupanya agak mengganggu kehidupan..


*Tak boleh pergi kerja..nanti berjangkit,walaupun korang tak kesah kerja dalam keadaan macam ni.

*Tak boleh joint public sangat,nanti korang spread virus kat orang lain..dan semua orang bersimpati dengan anda dan akan tanya soalan ni”kenapa nangis?..”:P.Tapi yang paling tak tahan..Ssuper bosan kena kuarantin esp. kalau korang takde roommate or housemate.

*Bila korang solat,korang tak boleh sujud lama-lama..3 saat dah cukup bagus..sebab rasa mata nak terkeluar(**)

*Every morning korang tak boleh bukak mata sebelum basuh mata korang.

*mata korang jadi rabun,dan tak boleh tengok semua benda dengan jelas.


This time,I’m really hope to get well as soon as possible.Siap timing alarm kot untuk letak ubat..ubat makan tak yah cerita la.Tapi yang paling tak bestnya,nampaknya hari ni,both my eyes were infected.Mungkin,patut balik kampung:D.Kadang-kadang,benda yang paling kita nak dan usahakan tu lah Tuhan tak bagi..mungkin sebab kita nak sangat kot..then..Dia uji kita..

-beruntunglah kita bila menjadi hamba yang diuji..itu tandanya Dia sayangkan kita-


Monday, March 14, 2011

The Road Not Taken..


TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.



I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost


Timing punya cerita

Semalam saya dapat satu pengajaran ..baek punyer..

Sebelum ni ,saya sangat suka mempercepatkan timing jam saya.Kononnya saya tak mahu lambat setiap appointment(cey~).Jadi saya setkan masa 15 minit lagi awal dari biasa.Saya fikir dengan cara tu saya boleh menipu diri saya sendiri supaya biasakan datang awal setiap temujanji ,datang makmal atau apa-apa saja,walaupun kadang-kadang matlamat saya tak tercapai pun,sebab diri saya tak tertipu pun..but I was tried..OK la tu:P

Bercakap pasal timing,dulu saya tak ambil kisah pun tentang punctuality.Saya fikir,as long as u are not late more than 15 minutes,it's Ok!.Dan apa yang buatkan saya lagi geram untuk punctual adalah bila orang yang buat janji dengan kita datang lambat..jadi kita yang datang awal ni terpaksa tunggu,dan sangat membuang masa bagi saya sebab saya tak suka tunggu..Tapi,semasa semestar akhir saya,saya pernah kerja part time sebagai cashier,suka-suki nak try kerja masa tu sebab tak pernah kerja selama hidup saya.Dan nak dijadikan cerita,majikan saya masa tu,Encik Ramli nama dia,Dia ni orangnya tersangatlah jaga masa,dia akan ada tempat temujanji 5 minit sebelum masanya.Dan saya sangat kagum dengan dia,walaupun dia dah tua,dan tak larat sangat berjalan(masih mampu la tapi..) tapi dia sangat berdisiplin.Kalau dia berjanji dengan kita sesuatu,tak kisah apa jadi,dia akan tunaikan jugak.Saya masih ingat nasihat dia "kalau awak biasa lambat..tak kisah la berapa minit..percayalah,ini akan jadi habits awak sampai bila-bila"..Dikesempatan ini,saya mintak maaf kepada siapa-siapa yang saya pernah tinggalkan sebab datang lambat more than 30 minutes dari masa yang dijanjikan(sangat skema disitu.ha ha :P)Terima kasih Pak Cik sebab tinggalkan satu moral value dalam hidup saya:)

Berbalik pada kisah asal.Alkisahnya semalam saya naik bas jam 10.30mlm dari Kuala Terengganu.Oleh kerana masa tu sangat kelam kabut,saya tengok jam saya ..baru pukul 10malam..agak lega sebab saya agak baru pukul 9.45mlm.lepas tu saya tengok jam handphone kakak saya,cik shu 10.15 malam..saya dah mula gelabah..jam saya salah ke selama ni?..tut..tut..saya pergi Tanya seorang driver bas untuk check saya punya tiket.Dia cakap “bas awak yang tengah jalan tu..”mak aihh..terus saya lari kejar bas tu..tak kisah langsung dah satu stesen bas tengok..selama saya naik bas dekat stesen ni..serius!saya tak pernah tengok orang kejar bas..tapi yang paling mengharukan..semua orang sepanjang jalan,tersangatlah supportive.. semua orang cakap”cepat sikit,cepat sikit..”:P

Dan yang paling best,saya Berjaya kejar bas tu! Walaupun agak jauh,macam tak cayapun ada.Driver tu tak banyak soal,dia terus check saya punya tiket,dan dia cakap”laa..awak ni..bas awak tak jalan lagi la..ada dalam terminal tu..”waa..lega pun ada,tapi yang pasti,saya tak pernah rasa malu sampai tahap tutup muka jalan masuk terminal balik.Saya check jam orang-orang kat situ,padahal baru pukul 10 mlm.Dan orang yang sama-sama tolong kejarkan bas untuk saya,my brothers cik Naim dan cik amirul terus masuk terminal ikut jalan lain.tebal muka kami~

Tahniah kepada sepupu saya Siti Iryani Solehah Mohamad dan suami Ridwan yang telah selamat diijabkabulkan pada 6 Rabiulakhir 1432Hijrah(11 mac 2011).Semoga rumahtangga kalian sentiasa dibawah naungan Redha dan kasih sayangNya.Dan kenduri bagi Hazrin Mohamad,Siti Iryani Solehah Mohamad dan Zulkifli Mohamad telah diadakan pada 7 Rabiulakhir 1432H di Bukit Kuin,Kuantan.Brakallahulakuma..

Wednesday, March 9, 2011

MALU (~.~)


Banyak orang mendefinisikan malu dengan pelbagai cara..

Ada yang kata,malu itu apabila tidak suka mencari publisiti murahan a.k.a mencapub..

Ada yang kata,malu itu apabila kita tidak melakukan perkara-perkata yang luarbiasa dari norma

Ada yang kata,malu itu bila kita tinggalkan perkara yang dilarang Nya..

Entah la..saya pun semakin blur dengan definisi malu ni.Mungkin jugak kerana sudah jarang kedengaran istilah ini dimana-mana saja..dan mungkin juga perkataan malu itu sudah tenggelam dengan berlalunya masa..

Persepsi masyarakat juga sangat berbeza,ada yang mengatakan dek kerana sifat malu,manusia mundur dan ada yang kata kita perlu malu..kerana malu itu adalah cabang iman sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadis

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:

Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan sebagai umat islam,inilah yang wajib kita imani..dan sungguh.. malu bukanlah penghalang kecermerlangan,Cuma salah tafsir kita tentang malu adalah factor terbesar penghalang kecemerlangan..

Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakekatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah.”

Dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, terminologi malu adalah merasa sangat tidak senang, rendah, hina dan sebagainya karena berbuat sesuatu yang kurang baik, bercacat.

Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri-dr. wiki

Dan kalaulah ingin dibicarakan secara ilmiah terlalu banyak cabang-cabangnya..Apa guna membicarakan sesuatu dengan panjang lebar sedangkan sesuatu yang paling asas pun masih ramai yang tidak mampu menempatkan di dalam hati..

Saya bukanlah orang yang sesuai untuk membicarakan tentang malu..hakikatnya,saya malu dengan cik biha,cik ramlah dan cik-cik yang kenal saya dengan rapat untuk berbincang tentang malu…tetapi seperti yang saya katakana tadi setiap orang mempunyai definisi berbeza tentang malu..(~.~)

Saya hairan melihat begitu ramai orang meluahkan perasaan di dalam facebook,twitter,ym,blog atau apa saja.Saya juga suka berkongsi pengalaman..dan pada saya,tidak salah berkongsi..sharing is caring..saya pun suka membaca blog2 menceritakan pengalaman hidup,dan banyak perkara positif dan pengajaran yang baik boleh diambil..mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.Tapi bagi saya,perjalanan setiap manusia adalah sesuatu yang sangat unik dan indah..begitu indah Dia menciptakan kehidupan manusia mengikut aturanNya..takdir ketentuan segalanya telah tercatat di lauh mahfudzNya..terlalu indah segala-galanya Dia aturkan bersama setiap kesusahan ada kebaikan..Maha Suci Tuhan yang memiliki sekaliannya..maka,moga-moga jadilah kita orang yang berfikir dengan setiap apa yang berlaku..

Walaupun sharing is caring,tapi tidak perlulah berkongsi segala-galanya..berpada-padalah dengan apa yang kita kongsi..pada saya tidak perlulah berkongsi perkara-perkara yang terlalu peribadi..sebagai contoh:”saya jatuh cinta tadi”,”isteri saya belikan kopi tadi,dia kata,dia belikan sebab dia cintakan saya” atau apa-apa saja.Sebenarnya,saya menulis kerana saya baru sahaja membaca shout out seseorang yang meminta sesiapa yang terjumpa seorang lelaki(diletakkan gambar),tolong bagitahu dia.Kerana dia sedang angau. Sedih dengan apa yang berlaku..Dan shout out ini adalah dari seorang muslimah. Saya tidak hairan andai ini adalah shout out dari pelajar sekolah..kerana mungkin dia belum matang..tapi,muslimah ini adalah orang yang agak saya hormati sebelum ini..Mungkin juga,mereka berniat untuk berkongsi rasa gembira atau bahagia di dalam hati mereka..”spread the love”.Tapi ketahuilah,andai anda sudah berkahwin..biarlah hal-hal rumah tangga disimpan,tak perlulah menghebohkan hal-hal bahagia anda kepada masyarakat.Umum mengetahui..perkahwinan mana tidak membahagiakan,terutamanya pengantin baru.Mungkin boleh dikongsikan..tapi janganlah sampai hal-hal yang tidak sepatutnya pun nak diceritakan..Kalau anda masih belum berkahwin,janganlah terlalu ghairah berkongsi..ingatlah hati itu milik Tuhan..dan hati itu berbolak balik..seisi dunia mahupun selautan laut tidak mampu membeli perasaan yang dinamakan ‘cinta’.Walau anda mampu menggadaikan nyawa anda sekalipun, belum tentu anda akan memiliki perasaan itu.Maka janganlah terlalu angkuh dengan perasaan itu,kerana perasaan itu bukan milik anda..andai ditakdirkan Dia menghilangkan rasa itu,maka jadilah ia!

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Seseorang tetap hidup dalam kebaikan selama dia memiliki rasa malu. Hal ini selari dengan pendapat yang dicetuskan oleh Ibn Qayyim; “Jika bukan kerana sifat malu maka tamu tidak akan dihormati, janji tidak ditepati, amanah tidak ditunaikan dan keperluan seseorang tidak akan pernah dipenuhi, serta tidak akan berusaha mencari sifat terpuji untuk diamalkan dan mengenalpasti sifat tercela untuk dijauhi”.

Saya memohon maaf andai ada yang terasa mahupun merasakan saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini.Iman itu naik dan turun,mungkin hari ini iman saya disini,tapi hari esok dan mendatang masih belum pasti.maka sama-samalah kita memperbaiki diri dan saudara seagama kita dengan ingat mengingati..

Saturday, March 5, 2011

Sekali untuk Selamanya...


Kebelakangan ini,perasaaan rajin untuk menupdate blog selalu datang,musim kot~walaupun orang kata,what u write in ur blog will present 80% of ur self.hurmm,,maybe yes!but there is also the probability that it’s totally wrong!.Apa yang pasti,saya menulis kerana saya mempunyai sebab saya yang tersendiri,dan mungkin hanya saya yang faham sebab itu,yang paling penting..saya yakin dengan sebab itu.

AlhamdullilLah baru je lulus lessen P untuk lesen kereta,selepas minggu lepas lulus lesen motor.sound macam remeh kan?..tapi benda ni cukup untuk buat saya senyum sepanjang jalan…:)) dan rasa nak belanja makan semua orang pun ada(apakan daya,ada habuk je dalam poket:P alasan!).Selepas dua tahun delay,hari ni selesai jugak..syukur sangat..rasa macam satu beban besar dah lepas.Sebelum ni susah betul nak balik untuk satu jangka masa yang lama kat Terengganu.ada je halnya..macam Tanggang pun ada jugak,ditambah bahasa Terengganu yang saya kategorikan sendiri sebagai ‘worse!’,kepada mereka yang cakap, saya berbahasa Terengganu sangat teruk,hakikatnya saya sangat lemah menguasai semua bahasa ,dan apakan daya..percayalah..saya dah cuba sedaya upaya dan akan terus mencuba, (ter’emo ‘plak~)wee~.Ape-ape pun,wahh happy betul:D.

Tadi masa test jalan raya,rasa macam dah tak lulus,awal-awal dah lupa nak test signal ngan wiper,dan JPJ tu tak berhenti-henti duk perli..dia kata gambar kat ic den teruk lah,cakap den si Tanggang sebab tak balik Terengganu(--!)siap kutuk orang kampung den lagi(patut ke..(--))..nak buat ape lagi..sengih je ler..trying to be NICE for 15 minutes.huh! tak lah penat sangat~.Ditambah pulak hampir-hampir langgar lampu isyarat..nasib baik lah JPJ tu cukup sempoi,tak berhenti-henti dia nasihat…”rileks lah..rileks lah..”huh~.Once again rasanya nasib sangat-sangat menyebelahi,tak sia-sia jadi NICE:D.

Jutaan terima kasih kepada:

1.abah dan ma yang mensupport dari sudut kewangan dan moral

2. cikgu Mat Ropi yang sangat on time.thumbs up!

3.cik farah cheenta dan cik ecah yang sanggup menggadaikan nyawa menemani saya selalu^^

Hari ni,1 Rabiul akhir 1432 Hijrah,my cousin,Zulkifli bin Mohamed telah selamat dihijabkabulkan bersama wanita pilihannya Tengku Atirah Laili Tengku Ab Dullah.Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan dan semoga berbahagia sehingga ke akhirnya.Maaf juga saya ucapkan kerana tak dapat hadir.Orang pertama di dalam batch saya yang telah melangkahkan kakinya ke alam rumah tangga.Tahniah sekali lagi(^^,).

Bersempena dengan lulus JPJ ,kat sini nak abadikan Moto PSM Kuala Terengganu:

“Sekali untuk Selamanya……….”

Pass with cloudy colour..:P

Thursday, March 3, 2011

dunia baru..

bismillahirrahmanirrahim..
3Mac 2011.Hari ke-3 di bumi Kuala Lumpur..
alhamdullilLah..satu permulaan yang agak tidak mengejut buat saya,memandangkan beberapa hal teknikal..semua benda masih di dalam slow motion state:D.Semangat pun masih turun naik..sekejap on top ,sekejap down~
my lecturer, a young nigerian..alhamdullillah..a great muslim!setiap kali jumpa dia..mesti pasang ayat Quran dekat PC.wahh..kagum..bercakap pun,tak berhenti-henti sebut insyaAllah.Sampai terikut-ikut kadang-kadang.First time jumpa dia,sebelum saya buat keputusan,dia cakap "do your istikarah"..sangat energetic..dan ayat yang paling saya takut adalah.."any progression.."wee~

yassirna ya Allah..

al fatihah buat saudara Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd. yang telah meninggal dunia pada 1 Mac yang lalu.Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,dan semoga isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi ujian ini..