BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 14, 2011

Timing punya cerita

Semalam saya dapat satu pengajaran ..baek punyer..

Sebelum ni ,saya sangat suka mempercepatkan timing jam saya.Kononnya saya tak mahu lambat setiap appointment(cey~).Jadi saya setkan masa 15 minit lagi awal dari biasa.Saya fikir dengan cara tu saya boleh menipu diri saya sendiri supaya biasakan datang awal setiap temujanji ,datang makmal atau apa-apa saja,walaupun kadang-kadang matlamat saya tak tercapai pun,sebab diri saya tak tertipu pun..but I was tried..OK la tu:P

Bercakap pasal timing,dulu saya tak ambil kisah pun tentang punctuality.Saya fikir,as long as u are not late more than 15 minutes,it's Ok!.Dan apa yang buatkan saya lagi geram untuk punctual adalah bila orang yang buat janji dengan kita datang lambat..jadi kita yang datang awal ni terpaksa tunggu,dan sangat membuang masa bagi saya sebab saya tak suka tunggu..Tapi,semasa semestar akhir saya,saya pernah kerja part time sebagai cashier,suka-suki nak try kerja masa tu sebab tak pernah kerja selama hidup saya.Dan nak dijadikan cerita,majikan saya masa tu,Encik Ramli nama dia,Dia ni orangnya tersangatlah jaga masa,dia akan ada tempat temujanji 5 minit sebelum masanya.Dan saya sangat kagum dengan dia,walaupun dia dah tua,dan tak larat sangat berjalan(masih mampu la tapi..) tapi dia sangat berdisiplin.Kalau dia berjanji dengan kita sesuatu,tak kisah apa jadi,dia akan tunaikan jugak.Saya masih ingat nasihat dia "kalau awak biasa lambat..tak kisah la berapa minit..percayalah,ini akan jadi habits awak sampai bila-bila"..Dikesempatan ini,saya mintak maaf kepada siapa-siapa yang saya pernah tinggalkan sebab datang lambat more than 30 minutes dari masa yang dijanjikan(sangat skema disitu.ha ha :P)Terima kasih Pak Cik sebab tinggalkan satu moral value dalam hidup saya:)

Berbalik pada kisah asal.Alkisahnya semalam saya naik bas jam 10.30mlm dari Kuala Terengganu.Oleh kerana masa tu sangat kelam kabut,saya tengok jam saya ..baru pukul 10malam..agak lega sebab saya agak baru pukul 9.45mlm.lepas tu saya tengok jam handphone kakak saya,cik shu 10.15 malam..saya dah mula gelabah..jam saya salah ke selama ni?..tut..tut..saya pergi Tanya seorang driver bas untuk check saya punya tiket.Dia cakap “bas awak yang tengah jalan tu..”mak aihh..terus saya lari kejar bas tu..tak kisah langsung dah satu stesen bas tengok..selama saya naik bas dekat stesen ni..serius!saya tak pernah tengok orang kejar bas..tapi yang paling mengharukan..semua orang sepanjang jalan,tersangatlah supportive.. semua orang cakap”cepat sikit,cepat sikit..”:P

Dan yang paling best,saya Berjaya kejar bas tu! Walaupun agak jauh,macam tak cayapun ada.Driver tu tak banyak soal,dia terus check saya punya tiket,dan dia cakap”laa..awak ni..bas awak tak jalan lagi la..ada dalam terminal tu..”waa..lega pun ada,tapi yang pasti,saya tak pernah rasa malu sampai tahap tutup muka jalan masuk terminal balik.Saya check jam orang-orang kat situ,padahal baru pukul 10 mlm.Dan orang yang sama-sama tolong kejarkan bas untuk saya,my brothers cik Naim dan cik amirul terus masuk terminal ikut jalan lain.tebal muka kami~

Tahniah kepada sepupu saya Siti Iryani Solehah Mohamad dan suami Ridwan yang telah selamat diijabkabulkan pada 6 Rabiulakhir 1432Hijrah(11 mac 2011).Semoga rumahtangga kalian sentiasa dibawah naungan Redha dan kasih sayangNya.Dan kenduri bagi Hazrin Mohamad,Siti Iryani Solehah Mohamad dan Zulkifli Mohamad telah diadakan pada 7 Rabiulakhir 1432H di Bukit Kuin,Kuantan.Brakallahulakuma..

0 comments: