BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 9, 2011

MALU (~.~)


Banyak orang mendefinisikan malu dengan pelbagai cara..

Ada yang kata,malu itu apabila tidak suka mencari publisiti murahan a.k.a mencapub..

Ada yang kata,malu itu apabila kita tidak melakukan perkara-perkata yang luarbiasa dari norma

Ada yang kata,malu itu bila kita tinggalkan perkara yang dilarang Nya..

Entah la..saya pun semakin blur dengan definisi malu ni.Mungkin jugak kerana sudah jarang kedengaran istilah ini dimana-mana saja..dan mungkin juga perkataan malu itu sudah tenggelam dengan berlalunya masa..

Persepsi masyarakat juga sangat berbeza,ada yang mengatakan dek kerana sifat malu,manusia mundur dan ada yang kata kita perlu malu..kerana malu itu adalah cabang iman sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadis

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:

Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan sebagai umat islam,inilah yang wajib kita imani..dan sungguh.. malu bukanlah penghalang kecermerlangan,Cuma salah tafsir kita tentang malu adalah factor terbesar penghalang kecemerlangan..

Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakekatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah.”

Dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, terminologi malu adalah merasa sangat tidak senang, rendah, hina dan sebagainya karena berbuat sesuatu yang kurang baik, bercacat.

Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri-dr. wiki

Dan kalaulah ingin dibicarakan secara ilmiah terlalu banyak cabang-cabangnya..Apa guna membicarakan sesuatu dengan panjang lebar sedangkan sesuatu yang paling asas pun masih ramai yang tidak mampu menempatkan di dalam hati..

Saya bukanlah orang yang sesuai untuk membicarakan tentang malu..hakikatnya,saya malu dengan cik biha,cik ramlah dan cik-cik yang kenal saya dengan rapat untuk berbincang tentang malu…tetapi seperti yang saya katakana tadi setiap orang mempunyai definisi berbeza tentang malu..(~.~)

Saya hairan melihat begitu ramai orang meluahkan perasaan di dalam facebook,twitter,ym,blog atau apa saja.Saya juga suka berkongsi pengalaman..dan pada saya,tidak salah berkongsi..sharing is caring..saya pun suka membaca blog2 menceritakan pengalaman hidup,dan banyak perkara positif dan pengajaran yang baik boleh diambil..mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.Tapi bagi saya,perjalanan setiap manusia adalah sesuatu yang sangat unik dan indah..begitu indah Dia menciptakan kehidupan manusia mengikut aturanNya..takdir ketentuan segalanya telah tercatat di lauh mahfudzNya..terlalu indah segala-galanya Dia aturkan bersama setiap kesusahan ada kebaikan..Maha Suci Tuhan yang memiliki sekaliannya..maka,moga-moga jadilah kita orang yang berfikir dengan setiap apa yang berlaku..

Walaupun sharing is caring,tapi tidak perlulah berkongsi segala-galanya..berpada-padalah dengan apa yang kita kongsi..pada saya tidak perlulah berkongsi perkara-perkara yang terlalu peribadi..sebagai contoh:”saya jatuh cinta tadi”,”isteri saya belikan kopi tadi,dia kata,dia belikan sebab dia cintakan saya” atau apa-apa saja.Sebenarnya,saya menulis kerana saya baru sahaja membaca shout out seseorang yang meminta sesiapa yang terjumpa seorang lelaki(diletakkan gambar),tolong bagitahu dia.Kerana dia sedang angau. Sedih dengan apa yang berlaku..Dan shout out ini adalah dari seorang muslimah. Saya tidak hairan andai ini adalah shout out dari pelajar sekolah..kerana mungkin dia belum matang..tapi,muslimah ini adalah orang yang agak saya hormati sebelum ini..Mungkin juga,mereka berniat untuk berkongsi rasa gembira atau bahagia di dalam hati mereka..”spread the love”.Tapi ketahuilah,andai anda sudah berkahwin..biarlah hal-hal rumah tangga disimpan,tak perlulah menghebohkan hal-hal bahagia anda kepada masyarakat.Umum mengetahui..perkahwinan mana tidak membahagiakan,terutamanya pengantin baru.Mungkin boleh dikongsikan..tapi janganlah sampai hal-hal yang tidak sepatutnya pun nak diceritakan..Kalau anda masih belum berkahwin,janganlah terlalu ghairah berkongsi..ingatlah hati itu milik Tuhan..dan hati itu berbolak balik..seisi dunia mahupun selautan laut tidak mampu membeli perasaan yang dinamakan ‘cinta’.Walau anda mampu menggadaikan nyawa anda sekalipun, belum tentu anda akan memiliki perasaan itu.Maka janganlah terlalu angkuh dengan perasaan itu,kerana perasaan itu bukan milik anda..andai ditakdirkan Dia menghilangkan rasa itu,maka jadilah ia!

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Seseorang tetap hidup dalam kebaikan selama dia memiliki rasa malu. Hal ini selari dengan pendapat yang dicetuskan oleh Ibn Qayyim; “Jika bukan kerana sifat malu maka tamu tidak akan dihormati, janji tidak ditepati, amanah tidak ditunaikan dan keperluan seseorang tidak akan pernah dipenuhi, serta tidak akan berusaha mencari sifat terpuji untuk diamalkan dan mengenalpasti sifat tercela untuk dijauhi”.

Saya memohon maaf andai ada yang terasa mahupun merasakan saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang ini.Iman itu naik dan turun,mungkin hari ini iman saya disini,tapi hari esok dan mendatang masih belum pasti.maka sama-samalah kita memperbaiki diri dan saudara seagama kita dengan ingat mengingati..

0 comments: