Dulu masa zaman sekolah,saya selalu ikut program motivasi..program kepimpinan dan macam-macam lah..
dan biasanya dalam program..mesti ada unsur-unsur provok,yang saya fikir bertujuan untuk menguji jati diri kita..
dan selalunya..setiap kali saya pergi program..saya mesti dah dapat agak..membuatkan saya sangat malas layan..he2
so,kepada yang menjadi fasilitator..kalau korang provok peserta..dan dia nampak BERJATI DIRI SEMACAM..kadang-kadang korang salah...sebab dia dah dapat agak kot..ha2.Jadi pelbagaikanlah modus operandi tu.ok?
ada sekali tu..saya masih ingat lagi..ada sorang fesi,dia mintak saya mengiyakan satu statement yang saya pun tak tahu.Actually,i already expected that he is provoking me at that time,ditambah pulak..saya memang tak tahu..jadi dengan tak de perasaannya saya cakap.."macam mana saya nak cakap ya,sedangkan saya pun tak tahu.."..dan saya masih ingat ayat yang saya tak boleh lupa sampai sekarang.. dia cakap.."awak ni,mesti tak de kawan betul-betul baik kan?sebab awak tak pernah terus terang apa yang awak tak puas hati dan awak pendam.."kenyataan tu,betul-betul buat saya tersentap..saya tak tahu kenapa?adakah kerana perkataan 'kawan yang betul-betul baik'?atau perkataan 'pendam'?..or maybe because on that time,it was our first time we met each other..so,it is weird to hear a statement seems like she knew me for a very long time.. apa yang pasti, ayat tu..betul-betul buat saya fikir sampai sekarang..memang ada benarnya..kalau kita sayangkan persahabatan kita..terus-terang itu,sangat penting~
Persoalan yang ingin saya utarakan adalah..Ketika ada sahabat berbuat salah, apa yang akan kamu lakukan?
Ada beberapa kemungkinan yang mungkin terjadi:
1. Engkau menasihatinya bahawa dia salah, sepatutnya begini dan begini.
2. Engkau mendiamkannya, namun hubungan di antara kalian masih terjalin baik.
3. Engkau mendiamkannya, lalu menjauhi dan membencinya.
Bagaimanakah sepatutnya???
Jika kamu memilih untuk bertabayyun (menjelaskan) secara berterus terang kepadanya tentang kesalahannya, maka itulah tanda hati yang lembut.
Jika kamu memilih untuk berdiam diri, dia mungkin mengulangi kesalahan yang sama. Malah Allah SWT telah berfirman: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.” – Al-‘Ashr, ayat 1-3. Dalam menasihati, perlulah dengan kesabaran. Jangan sekali-kali tergesa-gesa, kerana setiap orang perlukan masa untuk berubah.
Tetapi jangan sekali-kali kamu memilih yang ketiga.
Jika dia berbuat salah lalu tanpa TABAYYUN dan nasihat sedikit pun kamu jadi membencinya lalu kamu menjauhinya maka tanyakanlah pada hatimu sendiri.
Adakah dalam hatimu ada titik hitam?
Sehingga membuat hatimu tidak bersih?
Lalu kamu menjauhinya tanpa sedikitpun ada TABAYYUN…
Beginikah buah dari hati yang lembut dan penuh kasih sayang itu?
Namun jangan pula kamu bersikap lemah dengan mendukungnya dengan cara membiarkannya terjerumus dalam kesalahan dan mendiamkannya.
Memang tidak semua orang boleh berubah dengan serta-merta seperti yang kita impikan.
Memang tidak semua orang boleh kita paksakan untuk jadi teman yang rapat.
Tapi apa yang penting, biarlah kita sendiri menjadi kawan yang baik untuk sesiapa sahaja.
“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali.
2 comments:
saya suka entri ni:)
terima kasih..semoga beroleh manfaat:)
Post a Comment