Sunday, April 10, 2011
perjumpaan ASMUM
Posted by hannadiah at 8:39 AM 0 comments
Saturday, April 9, 2011
al-Quran
Posted by hannadiah at 1:29 AM 0 comments
Friday, April 8, 2011
tertubuhnya kelab alumni ASMUM
Posted by hannadiah at 3:30 AM 0 comments
Saturday, April 2, 2011
5 tips menjaga pemikiran positif
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel. Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seada...ianya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel. Dalam perkara ni...bersyukurlah jika anda muslim..kerna adanya salah satu rukun iman.. 'beriman pada Qada' dan Qadar' 2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu. Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu,. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!.Kalaupun mahu mengkritik,biarlah kita ada idea yang lebih baik untuk diusulkan. 3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman. Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda. 4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan. "Treat each other with polite, even to those who are harsh to you - not because they are good, but because you are good." 5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya. Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis. Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh. Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik,jangan suke sangat sebut perkataan 'gile' selalu-baik gile,comel gile etc. :P. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina. ~ Yang menulis lebih dekat dihati apa yg dipertuliskan~ insyaAllah
Posted by hannadiah at 4:15 PM 0 comments
Friday, March 18, 2011
eye infections
Hari ni dah seminggu saya tak pergi kerja..first time kerja(fully la..),first time mc ,first time sakit mata, first month kerja(rasa bersalah woo~) dan first time dalam hidup rasa betul-betul nak cepat recover.Sebelum ni tak kesah la sakit ape..tak pernah pun heran sangat nak sihat cepat.Kalau demam,batuk or what eva lah..sebulan pun tak kesah ,biasanya buat derk je,melainkan betul-betul mengganggu jiwa dan raga:P
Tak sangka macam ni rupanya sakit mata..sebelum ni ingatkan kalau orang sakit mata biasa-biasa je..sihat jer,Cuma mata je yang merah.Rupa-rupanya agak mengganggu kehidupan..
*Tak boleh pergi kerja..nanti berjangkit,walaupun korang tak kesah kerja dalam keadaan macam ni.
*Tak boleh joint public sangat,nanti korang spread virus kat orang lain..dan semua orang bersimpati dengan anda dan akan tanya soalan ni”kenapa nangis?..”:P.Tapi yang paling tak tahan..Ssuper bosan kena kuarantin esp. kalau korang takde roommate or housemate.
*Bila korang solat,korang tak boleh sujud lama-lama..3 saat dah cukup bagus..sebab rasa mata nak terkeluar(**)
*Every morning korang tak boleh bukak mata sebelum basuh mata korang.
*mata korang jadi rabun,dan tak boleh tengok semua benda dengan jelas.
This time,I’m really hope to get well as soon as possible.Siap timing alarm kot untuk letak ubat..ubat makan tak yah cerita la.Tapi yang paling tak bestnya,nampaknya hari ni,both my eyes were infected.Mungkin,patut balik kampung:D.Kadang-kadang,benda yang paling kita nak dan usahakan tu lah Tuhan tak bagi..mungkin sebab kita nak sangat kot..then..Dia uji kita..
Posted by hannadiah at 2:19 AM 0 comments
Monday, March 14, 2011
The Road Not Taken..
Posted by hannadiah at 3:34 AM 0 comments
Timing punya cerita
Semalam saya dapat satu pengajaran ..baek punyer..
Sebelum ni ,saya sangat suka mempercepatkan timing jam saya.Kononnya saya tak mahu lambat setiap appointment(cey~).Jadi saya setkan masa 15 minit lagi awal dari biasa.Saya fikir dengan cara tu saya boleh menipu diri saya sendiri supaya biasakan datang awal setiap temujanji ,datang makmal atau apa-apa saja,walaupun kadang-kadang matlamat saya tak tercapai pun,sebab diri saya tak tertipu pun..but I was tried..OK la tu:P
Bercakap pasal timing,dulu saya tak ambil kisah pun tentang punctuality.Saya fikir,as long as u are not late more than 15 minutes,it's Ok!.Dan apa yang buatkan saya lagi geram untuk punctual adalah bila orang yang buat janji dengan kita datang lambat..jadi kita yang datang awal ni terpaksa tunggu,dan sangat membuang masa bagi saya sebab saya tak suka tunggu..Tapi,semasa semestar akhir saya,saya pernah kerja part time sebagai cashier,suka-suki nak try kerja masa tu sebab tak pernah kerja selama hidup saya.Dan nak dijadikan cerita,majikan saya masa tu,Encik Ramli nama dia,Dia ni orangnya tersangatlah jaga masa,dia akan ada tempat temujanji 5 minit sebelum masanya.Dan saya sangat kagum dengan dia,walaupun dia dah tua,dan tak larat sangat berjalan(masih mampu la tapi..) tapi dia sangat berdisiplin.Kalau dia berjanji dengan kita sesuatu,tak kisah apa jadi,dia akan tunaikan jugak.Saya masih ingat nasihat dia "kalau awak biasa lambat..tak kisah la berapa minit..percayalah,ini akan jadi habits awak sampai bila-bila"..Dikesempatan ini,saya mintak maaf kepada siapa-siapa yang saya pernah tinggalkan sebab datang lambat more than 30 minutes dari masa yang dijanjikan(sangat skema disitu.ha ha :P)Terima kasih Pak Cik sebab tinggalkan satu moral value dalam hidup saya:)
Berbalik pada kisah asal.Alkisahnya semalam saya naik bas jam 10.30mlm dari Kuala Terengganu.Oleh kerana masa tu sangat kelam kabut,saya tengok jam saya ..baru pukul 10malam..agak lega sebab saya agak baru pukul 9.45mlm.lepas tu saya tengok jam handphone kakak saya,cik shu 10.15 malam..saya dah mula gelabah..jam saya salah ke selama ni?..tut..tut..saya pergi Tanya seorang driver bas untuk check saya punya tiket.Dia cakap “bas awak yang tengah jalan tu..”mak aihh..terus saya lari kejar bas tu..tak kisah langsung dah satu stesen bas tengok..selama saya naik bas dekat stesen ni..serius!saya tak pernah tengok orang kejar bas..tapi yang paling mengharukan..semua orang sepanjang jalan,tersangatlah supportive.. semua orang cakap”cepat sikit,cepat sikit..”:P
Dan yang paling best,saya Berjaya kejar bas tu! Walaupun agak jauh,macam tak cayapun ada.Driver tu tak banyak soal,dia terus check saya punya tiket,dan dia cakap”laa..awak ni..bas awak tak jalan lagi la..ada dalam terminal tu..”waa..lega pun ada,tapi yang pasti,saya tak pernah rasa malu sampai tahap tutup muka jalan masuk terminal balik.Saya check jam orang-orang kat situ,padahal baru pukul 10 mlm.Dan orang yang sama-sama tolong kejarkan bas untuk saya,my brothers cik Naim dan cik amirul terus masuk terminal ikut jalan lain.tebal muka kami~
Tahniah kepada sepupu saya Siti Iryani Solehah Mohamad dan suami Ridwan yang telah selamat diijabkabulkan pada 6 Rabiulakhir 1432Hijrah(11 mac 2011).Semoga rumahtangga kalian sentiasa dibawah naungan Redha dan kasih sayangNya.Dan kenduri bagi Hazrin Mohamad,Siti Iryani Solehah Mohamad dan Zulkifli Mohamad telah diadakan pada 7 Rabiulakhir 1432H di Bukit Kuin,Kuantan.Brakallahulakuma..
Posted by hannadiah at 2:25 AM 0 comments






